Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan PN, akan menang besar

Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin menyatakan keyakinannya bahawa gabungan itu mendapat sokongan dari rakyat Negeri Sembilan yang kini berada bawah kepimpinan Pakatan Harapan.

Katanya, ia dapat dilihat melalui kehadiran puluhan ribu rakyat di negeri itu pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan malam semalam.

“Saya percaya gelombang kebangkitan ini akan diterjemahkan dalam bentuk sokongan kepada PN dalam enam pilihan raya negeri tidak lama lagi.

“Ini kerana seluruh rakyat melihat dan merasai apa yang sedang berlaku dalam negara ketika ini.

“Kos sara hidup semakin menghimpit, harga barang keperluan harian naik dan terus menekan kehidupan, ringgit merudum dan ekonomi negara seolah-oleh tidak ada hala tuju,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dia juga mendakwa bahawa sokongan itu berlaku kerana kerajaan campuran yang terdiri daripada PH-Umno  gagal membawa negara keluar daripada kemelut ekonomi yang menjejaskan kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Oleh itu presiden Bersatu itu turut menggesa supaya rasa tidak puas hati itu dapat diterjemahkan kepada undi, sebagai satu isyarat bahawa rakyat sedang marah dengan apa yang berlaku.

“Segala janji yang ditabur sewaktu pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak dilaksanakan walaupun sudah enam bulan menjadi kerajaan.

https://www.malaysiakini.com/news/668375

Terkini

Berita Berkaitan