Thursday, October 5, 2023

Panas! Sanusi kata Kedah boleh lebih maju dari Selangor jika ada KL berhampiran

Menteri Besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md...

Akhirnya kereta terbang memang wujud, tempahan kini dibuka kepada umum..

SAN MATEO, CALIFORNIA  –  Sebuah syarikat pengeluar...

Nampaknya UK dah tiada syarat ketat Covid, tarik balik semua peraturan kawalan Covid-19 di England

London: United Kingdom (UK) menarik balik peraturan kawalan Covid-19 di England, sekali gus tidak lagi mewajibkan penjarakan fizikal, langkah yang dikritik saintis dan pembangkang sebagai tindakan membahayakan.

Mulai tengah malam Ahad, pusat hiburan dibenarkan dan semua venue tertutup dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh, dengan pemakaian pelitup muka dan arahan bekerja dari rumah tidak lagi diwajibkan.

Perdana Menteri Boris Johnson – yang menjalani kuarantin kendiri selepas setiausaha kesihatannya positif Covid-19 – menggesa orang ramai berwaspada dan individu lain mengikuti langkah dua pertiga populasi UK yang sudah menerima dos vaksin lengkap.

Beliau mempertahankan pembukaan semula itu – digelar ‘hari kebebasan’ olah sesetengah media – meskipun saintis memberi amaran mengenai kesan buruk langkah itu selepas kes harian di Britain melonjak 50,000, di belakang Indonesia dan Brazil.

“Kalau kita tidak lakukannya sekarang, kita akan membuka semula pada musim gugur, dan musim sejuk, apabila virus itu mempunyai kelebihan pada musim sejuk,” kata Perdana Menteri dalam mesej video.

ORANG ramai menikmati cuaca musim panas di Hyde Park, London. FOTO AFP s
ORANG ramai menikmati cuaca musim panas di Hyde Park, London. FOTO AFP s

Selepas kejayaan program vaksinasi – yang kini ditawarkan untuk sekurang-kurangnya satu dos bagi setiap orang dewasa di Britain – kerajaan berpendapat risiko kepada kemudahan hospital adalah mampu diuruskan.

Namun, profesor di Kolej Imperial London Neil Ferguson memberi amaran Britain bakal berdepan 100,000 kes sehari, dengan mengambil kira penularan varian Delta yang tidak terkawal.

Dalam pada itu, Scotland dan Wales yang menguruskan polisi kesihatannya secara berasingan akan meneruskan peraturan pemakaian pelitup muka.

Tetapi di England, semua peraturan untuk perhimpunan sosial ditarik balik, ia meliputi pawagam, teater dan stadium sukan yang kini boleh beroperasi pada kapasiti penuh,

Penduduk yang sudah menerima dos lengkap juga yang ulang dari negara Eropah yang temasuk dalam senarai ambar (kuning jingga), tidak perlu menjalani kuarantin kecuali mereka yang tiba dari Perancis.

Bagaimanapun, individu masih perlu menjalani kuarantin kendiri jika menjadi kontak rapat kepada individu positif.

https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2021/07/732310/uk-tarik-balik-semua-peraturan-kawalan-covid-19?fbclid=IwAR3keyrqd8YAGFG3CDqe4Qv849idNjn-Jnx41HrDsE5X6M8V9bdydwcRlB4

Berkaitan