Nak cakap apa lagi? Tolong buat sesuatu sebelum kes cecah 20,000

PETALING JAYA – Ramai yang terkedu apabila melihat jumlah kes harian Covid-19 yang diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini sehingga ada yang sudah berkira-kira untuk berpindah ke negara lain bahkan sehingga ke planet lain.

Menurut mereka, angka kes positif sekarang menunjukkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan selama ini ‘gagal’ menurun kes.

“Kalau ada pilihan mahu aku ke negara atau planet lain, kenapa kalau negara luar buat ‘lockdown’ kes cepat je turun? Kita, semakin lama PKP semakin tinggi kes.

“Apa sudah jadi sebenarnya? Sampai bila rakyat perlu berkurung, tiada kerja, hilang kerja berapa ramai dah. PKP sebenarnya untuk apa? luah pengguna Facebook yang dikenali sebagai Topi Kain.

Pada masa sama, orang ramai menggesa agar kerajaan membuat ‘sesuatu’ sebelum kes harian mencecah 20,000 sehari.

“Gov (kerajaan) perlu lakukan sesuatu, kes semakin bertambah. PKP dah laksana, PKPD pun dah.

“Frontliner kita pun sudah terlalu penat, jangan sampai mereka semua rebah, ‘please do something’. Rakyat dah cukup menderita dan sudah habis berkorban,” tulis Zack Hardy.

Terdahulu, menerusi pengumuman KKM di laman Facebook rasminya hari ini kes harian yang dilaporkan adalah sebanyak 13,215 kes menjadikan jumlah kes Covid-19 di negara ini sebanyak 880,782 kes.-K! ONLINE

Tolong buat sesuatu sebelum kes cecah 20,000

Terkini

Berita Berkaitan