Wednesday, June 7, 2023

PAU 2023 dihadiri 60 peratus kepimpinan baharu kata Asyraf

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 membawa perubahan...

Kadar inflasi Negara dijangka kekal sederhana kata Menteri Ekonomi

Kadar inflasi negara dijangka kekal menyederhana tahun...

Anwar nasihat Hadi, jangan guna neratif kolot dan jumud kritik Kerajaan Perpaduan

Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim menasihati Presiden...

Muncul pula varian baru Covid19 digelar sebagai ‘Arcturus’ sedang menular di 22 negara…

LONDON – Satu varian Covid-19  yang lebih menular mula mendominasi  kes di kebanyakan negara di dunia, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Kes Covid-19 di Britain mencecah paras tertinggi bermula 3 Januari sehingga akhir Mac lalu, demikian menurut angka Pejabat Statistik Kebangsaan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini memberi perhatian terhadap varian baharu Omicron tersebut yang dinamakan  XBB.1.16 atau digelar sebagai ‘Arcturus’.

Varian Kraken XBB.1.5 sehingga kini masih dominan tetapi varian baharu itu telah tersebar di 22 negara dan lebih cepat menular, kata ketua teknikal Covid WHO, Maria van Kerkhove.

Walaupun ia merebak dengan lebih mudah, tiada bukti menunjukkan varian Arcturus menyebabkan penyakit yang lebih teruk.

Van Kerkhove pada satu sidang akhbar berkata: “Salah satu varian yang kami perhatikan. Ia ialah XBB.1.16.

“Pada masa ini, terdapat kira-kira 800 jujukan XBB1.16 di 22 negara. Kebanyakan jujukan adalah dari India dan mendominasi kes di negara tersebut. Jadi ia perlu diperhatikan. Ia telah merebak selama beberapa bulan.

“Setakat ini tiada  laporan menunjukkan peningkatan dalam kes kemasukan ke hospital, unit rawatan rapi (ICU) dan kematian akibat XBB.1.16,” katanya.

Di peringkat global, WHO melaporkan terdapat kira-kira 3.6 juta kes baharu Covid-19 yang dilaporkan dari 27 Februari hingga 26 Mac lalu. Ia mencatatkan penurunan sebanyak 27 peratus berbanding 28 hari sebelumnya. – Agensi

Berkaitan