Monday, December 5, 2022

Panas! Muhyiddin minta Adun PH berpaling tadah bagi jatuhkan PH di Selangor

Naib Presiden PKR, Amirudin Shari mendakwa Pengerusi...

Hebat! Usaha sedang dibuat agar Jemaah Menteri Anwar tak tahan lama, kata Shahidan

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mendakwa usaha...

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

Modal asyik Najib, Najib! PN, PH silap strategi bunuh karakter Najib kata Penganalisis

Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) perlu menyalahkan kepimpinan masing-masing jika Barisan Nasional (BN) mendapat mandat besar daripada rakyat Johor pada 12 Mac ini.

Ini kerana, PN dan PH didakwa sudah tersilap strategi apabila berterusan membunuh karakter Datuk Seri Najib Razak dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) dan pilihan raya negeri termasuk di Johor.

Dalam strategi membunuh karakter, biasannya sasaran adalah individu yang rapuh tetapi Najib memiliki karakter kukuh apabila beliau dapat bertindak balas dengan fakta terhadap kenyataan-kenyataan yang dilemparkan.

Selain, tidak ada pihak yang boleh menafikan Najib cukup menonjol di media-media sosial.

3b67095e-7f61-4959-a4b4-f44b9bed6f34
Dr Azmi Hassan

Oleh sebab itu, penganalisis politik dan geostrategis, Dr Azmi Hassan berkata, PN dan PH sudah tersilap strategi lagi apabila menjadikan Najib sasaran utama melalui pembunuhan karakter sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang tinggal tiga hari berbaki.

“Kesilapan awal sudah berlaku semasa PH menjadi kerajaan 22 bulan yang mana ketika itu rakyat mahu seorang perdana menteri yang bagus tetapi PH gagal dan ketika itulah aura Najib terserlah.

“Rakyat sekali lagi kecewa ketika negara di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana hasrat rakyat untuk merasai semula era pentadbiran Najib (tidak semestinya mahu Najib menjadi perdana menteri) tidak dapat dilunaskan oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu,” jelas beliau kepada MalaysiaGazette.

Sebab itu, walaupun menteri-menteri PN yang dibawa turun berkempen dalam PRN Johor, termasuk Muhyiddin namun masih tidak berdaya mengatasi sambutan yang diterima oleh Najib.

“Pada pandangan saya, tidak ada individu dalam kepimpinan PN dan PH yang boleh mengganti aura Najib ketika ini,” katanya.

MGF09032022_NAJIB-KEMPEN-CINA06

 

Azmi berkata, kalau dilihat sambutan kempen sepanjang 11 hari lalu, BN memang mendahului parti-parti lain dan daya tarikan Najib memang tidak boleh disangkal.

Respons yang diterima Najib menunjukkan beliau diangkat sebagai ikon politik tanahair.

“Jadi tidak hairanlah walaupun pelbagai cercaan dan hinaan yang diterima Najib, rakyat menerima, menyokongnya dengan baik. Satu lagi kelebihan Najib ialah beliau bercakap dan berhujah dengan fakta dan rasional,” hujah Azmi.

Najib bukan sahaja diterima baik dalam kalangan pengundi Melayu tetapi pengundi-pengundi Cina, buktinya sokongan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling cukup hebat.

Sambutan itu boleh dikatakan luar biasa kerana DUN Perling adalah kubu kuat DAP dan pemimpin parti itu sendiri tidak dapat sokongan seperti diterima Najib.

“Sebagai pemerhati, pada pandangan saya PN dan PH perlu menyalahkan kepimpinan masing-masing jika BN menang dalam PRN Johor kerana kesilapan strategi mereka yang tidak cukup taktikal,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

PRN Johor: PN, PH silap strategi bunuh karakter Najib – Penganalisis

Berkaitan