Sunday, May 28, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

Misteri sungguh, lelaki trauma kerana datang haid

BEIJING – Seorang lelaki di China yang sering mengalami masalah ‘kencing berdarah’ terkejut apabila diberitahu bahawa dia sebenarnya datang bulan, lapor laman berita Wion News semalam.

Chen Li, 33, yang berasal dari wilayah Sichuan, juga kerap sakit pada bahagian abdomen dan berlarutan selama beberapa jam.

Hasil pemeriksaan doktor sebelum ini mendapati dia menghidap apendiks, namun simptom tersebut masih berlaku meskipun telah diberikan ubat.

Bagaimanapun, Chen Li terkejut apabila doktor lain mengesahkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan sistem pembuangan air kecil, sebaliknya mengalami kitaran haid seperti wanita.

Pemeriksaan perubatan lanjut  turut mendapati dia mempunyai  organ pembiakan wanita seperti ovari dan uterus.

Laporan pemeriksaan juga mendedahkan bahawa kadar hormon seks lelaki iaitu  androgen dalam badan Chen Li berada di bawah paras normal bagi lelaki.

Pada masa sama,  hormon seks wanita Chen Li adalah setanding dengan yang ditemui dalam tubuh wanita dewasa sihat.

Akhirnya, Chen Li disahkan memiliki kedua-dua organ pembiakan lelaki dan wanita.

Justeru pada Jun lalu, dia telah meminta untuk menjalani pembedahan bagi membuang organ pembiakan wanita dalam badannya. – Agensi

Lelaki trauma kerana datang haid

Berkaitan