Monday, December 5, 2022

Panas! Muhyiddin minta Adun PH berpaling tadah bagi jatuhkan PH di Selangor

Naib Presiden PKR, Amirudin Shari mendakwa Pengerusi...

Hebat! Usaha sedang dibuat agar Jemaah Menteri Anwar tak tahan lama, kata Shahidan

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mendakwa usaha...

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

Menteri arah PLUS, Touch N Go selesai segera isu RFID

Kementerian Kerja Raya sudah memanggil PLUS dan juga Touch N Go untuk memastikan supaya semua isu berhubung kait dengan pelaksanaan RFID dapat diselesaikan secepat mungkin.

Menteri kanan Kerja Raya Fadillah Yusof berkata, pihak terbabit perlu menyelesaikan segera semua permasalahan supaya ianya tidak menyusahkan, malahan akan memberi kemudahan dan kesenangan kepada pengguna jalan raya terutama untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas ataupun kesesakan di pondok tol di seluruh negara.

“Untuk makluman juga semua ini merupakan hanya projek rintis maknanya hanya satu daripada lorong tol dipasang RFID.

“Yang lain masih ada Smart Tag dan Touch N Go. Walaupun transaksi tol RFID telah beroperasi, namun pengguna masih mempunyai pilihan untuk menggunakan lorong transaksi melaui kad Touch N Go dan juga lorong Smart Tag,” katanya dalam kenyataan.

Fadillah berkata, KKR akan terus memantau dan memastikan pihak PLUS dan Touch N Go menyelesaikan apa sahaja isu yang berhubung kait dengan penggunaan lorong RFID itu.

“Bukan sahaja RFID, malahan Smart Tag dan sebagainya supaya apa juga aduan daripada orang ramai diambil serius.

“Mengenai aduan dan rungutan orang ramai membabit RFID, KKR telah pun meminta pihak Touch NGo dan PLUS supaya memberi penjelasan kepada orang ramai dan mencari penyelesaian terbaik terhadap apa juga isu berbangkit,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, pergerakan ri­buan kenderaan di beberapa Pla­za Tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) terjejas sehingga menimbulkan kesesakan di ke­dua-dua hala apabila sistem teknologi RFID dipercayai tidak berfungsi dengan baik.

Menteri arah PLUS, Touch N Go selesai segera isu RFID

Berkaitan