Sunday, April 2, 2023

Orang ramai terkejut melihat tumbuhan misteri tumbuh pada pili bomba

Tumbuhan misteri warna merah pada pili bomba...

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Menakutkan! Polis buru perompak telanjang tetapi pakai pelitup muka

SHAH ALAM: Berbogel tetapi pakai pelitup muka. Itu tindakan seorang lelaki yang dikesan melalui kamera litar tertutup (CCTV) berkeliaran dekat kawasan perumahan di Seksyen 19 di sini, sebelum memecah masuk sebuah rumah di Seksyen 20.

Kejadian tersebut dikesan selepas seorang wanita yang merupakan mangsa pecah rumah tersebut membuat laporan polis pada awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, lelaki terbabit memecah masuk ketika mangsa tidur di ruang tamu bersama anak perempuannya sebelum tersedar kerana cahaya lampu disuluh ke mukanya.

“Jeritan mangsa menyebabkan suspek segera berlari keluar dari rumah tersebut. Suami mangsa yang tersedar bergegas keluar dari dalam bilik tidur menuju kepada mangsa, namun mendapati suspek sudah tiada.

“Mangsa mengalami kerugian apabila kehilangan wang tunai RM1,600 hasil wang perniagaan bengkel motosikal,” katanya.

Beliau menambah, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Kata Mohd. Iqbal, polis kini sedang giat mengesan lelaki terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd. Shafarulrazi  ditalian 010-8889910 / 03-55202222. – UTUSAN

Polis buru perompak telanjang tetapi pakai pelitup muka

Berkaitan