Menakutkan! Pakar pemakanan dedah jering mentah didapati boleh rosakkan buah pinggang

Menjadi kebiasaan masyarakat Melayu khususnya yang gemar memakan ulam-ulaman secara mentah kerana dikatakan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan.

Namun, tidak semua ulam-ulaman boleh dimakan secara mentah tanpa perlu dimasak atau direbus terlebih dahulu dan kesannya boleh menyebabkan masalah penyakit kronik.

Menerusi perkongsian Pakar Pemakanan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Suri Roowi di laman Facebooknya menjelaskan terdapat jenis ulam yang perlu diproses dengan betul sebelum dimakan seperti jering.

Katanya, jering perlu direbus terlebih dahulu kerana kandungan ‘Djengkolic Acid’ (masih mentah) dipercayai akan menjejaskan sistem buah pinggang sekiranya diambil dengan kadar yang banyak dan mentah.

“Kalau makan jering perlu rebus dulu berbanding dengan petai sebab ia boleh makan mentah, tapi jering kena sediakan dengan cara yang betul sebelum makan.

“Dengan melalui proses penyedian yang betul, sekurang-kurangnya khasiat dan nutrisi dalam ulam tersebut akan dapat kita peroleh,” ujarnya.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai berterima kasih kepada beliau kerana mendedahkan perkara tersebut yang masih tidak diketahui secara umum.

Sementara itu, ada juga pengguna berkongsi pengalaman mereka apabila sering makan jering mentah sehingga perlu menanggung masalah penghadaman, penyakit buah pinggang dan sembelit.

“Dulu saya memang gemar ratah jering mentah sekitar tahun 1999, dan sehingga kini mengalami masalah buah pinggan,” kongsi seorang pengguna.

“Setuju apa Dr. ni kongsi, tiga tahun saya alami masalah sukar membuang dan sembelit sebab suka makan jering, boleh kata setiap hari bila makan dengan nasi, akhirnya tanggung sakit, syukur dah kembali pulih,” luahnya pengguna lain.

Pakar pemakanan dedah jering mentah didapati boleh rosakkan buah pinggang

Terkini

Berita Berkaitan