MB JOHOR!! Hasni berjiwa negarawan – Onn Hafiz

KUALA LUMPUR – Datuk Onn Hafiz Ghazi yang baru dilantik sebagai Menteri Besar Johor menjunjung kasih Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas perkenan pelantikannya.

Beliau berikrar akan menggalas tanggungjawab yang amat besar ini sepenuh hati dan dedikasi, serta dengan sedaya upaya patik demi kesejahteraan dan kemakmuran negeri dan rakyat Johor.

Onn Hafiz turut menjunjung kasih Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, di atas segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan.

Dalam kenyataan panjangnya, Onn Hafiz turut mengucapkan jutaan terima kasih khas kepada bekas Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad atas segala pengorbanan, komitmen, bantuan dan daya kepimpinan beliau bagi menstabilkan Negeri Johor.

Katanya, pengorbanan Hasni untuk memberi ruang kepada orang muda bagi memimpin bukan sahaja menunjukkan betapa besarnya hati dan jiwa negarawan beliau tetapi juga membuktikan beliau meyakini peranan dan kemampuan orang muda dalam mengemudi negeri ini.

”Insya Allah, saya akan sentiasa memohon khidmat nasihat daripada beliau yang jauh lebih berpengalaman daripada saya.

”Semoga gabungan orang yang berpengalaman dengan tenaga dan idealisme orang muda akan dapat membangun dan memperkukuhkan negeri ini agar terus disegani dan melangkah lebih jauh lagi. Kepada Bangsa Johor yang disayangi, Insya Allah, segala janji yang dibuat oleh Barisan Nasional akan saya usaha untuk ditunaikan dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

Beliau juga meminta semua rakyat Johor tidak kira bangsa, agama dan latar belakang untuk bersamanya – bersatu hati, minda dan tenaga untuk terus membangunkan Negeri Johor.

”Saya percaya bahawa sesuatu itu hanya akan terjadi dengan izin dan kehendakNya jua. Justeru, saya terima mandat ini dengan tekad dan keazaman untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi dengan segala tenaga, kudrat dan kemampuan yang saya ada,” tambahnya.

Onn Hafiz turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahmad Zahid bin Hamidi, Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Mohamad Hasan, Timbalan Presiden UMNO; Datuk Seri Najib Razak, Penasihat Barisan Basional; Datuk Seri Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia, Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor serta seluruh jentera Barisan Nasional atas segala sokongan yang diberikan. – MalaysiaGazette

Hasni berjiwa negarawan – Onn Hafiz

Terkini

Berita Berkaitan