Monday, March 27, 2023

Orang ramai terkejut melihat tumbuhan misteri tumbuh pada pili bomba

Tumbuhan misteri warna merah pada pili bomba...

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Majoriti rakyat yakin Perdana Menteri akan tumbang

BANGKOK: Majoriti rakyat Thailand yakin dan percaya Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha akan memimpin negara itu buat penggal yang terakhir selepas hilang kepercayaan.

Tinjauan mengenai ‘Kemungkinan Kedudukan Politik Tiga Nama Besar (Prawit Wongsuwan, Anupong Paochinda dan Prayut Chan-O-Cha) dilakukan oleh The National Institute of Development Administration (NIDA) antara 6 hingga 9 September lalu.

Kajian melibatkan 1,310 responden berusia 18 tahun ke atas yang menzahirkan pandangan dari seluruh negara.

Seramai 32.06 peratus sangat bersetuju mengenai persoalan adakah Prayut akan menjadi Perdana Menteri sehingga akhir penggal ini, sementara 22.6 peratus berkata sebaliknya.

Sebanyak 62.8 peratus yakin tidak mustahil Prawit akan menjadi menjadi Perdana Menteri seterusnya selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Tinjauan sama mendapati 39.4 peratus tidak yakin ketiga-tiga figura itu akan terus memainkan peranan dalam membentuk kerajaan semula selepas PRU. – AGENSI

Berkaitan