Sunday, December 4, 2022

Panas! Ini kerajaan ‘luar tabii’ kata Sanusi

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor...

Terkini! Empat senator angkat sumpah di Dewan Negara

Empat senator mengangkat sumpah di Dewan Negara...

Teruk!! Sembilan lelaki direman berkait kes rogol gadis bawah umur

KOTA BHARU: Sembilan lelaki termasuk remaja berusia...

MAHB: Sistem KLIA belum stabil, sasar pulih pagi esok

Sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) masih belum stabil sepenuhnya, menurut Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Pengendali lapangan terbang itu berharap  situasi di KLIA bertambah baik pagi esok.

“Pasukan kami akan bekerja dari masa ke semasa bagi membaiki keadaan,” kata MAHB.

“Antara penyelesaian yang sudah diambil termasuk menggantikan alat perkakasan.

“Kami sudah menerima peralatan yang akan diuji malam ini,” tambahnya.

Gangguan internet di KLIA dan KLIA2 menyebabkan kelewatan 20 penerbangan dan mengganggu sistem bagasi, daftar masuk, maklumat penerbangan (FIDS) dan kad kredit.

Pada masa ini FIDS dan sistem kad kredit sudah kembali pulih.

“Sekali lagi kami kesal kesukaran yang dihadapi penumpang,” kata MAHB.

MAHB berkata kira-kira 1,000 kakitangan dikerah bagi memberi bantuan kepada penumpang dan syarikat penerbangan.

Berkaitan