PETALING JAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak dilanjutkan selama 14 hari lagi.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, pelanjutan itu sehingga 14 April kecuali Sarawak yang akan tamat pada 12 April.
“Pengekalan status PKPB akan berkuatkuasa bermula 1 April sehingga 14 April kecuali Sarawak yang akan bermula 30 Mac hingga 12 April,” katanya ketika sidang media.
Sementara itu, negeri lain kekal dibawah PKPP.
Ismail bagaimanapun aktiviti merentas negeri masih dilarang di seluruh negara kecuali melalui gelembung perjalanan yang diuruskan sektor pelancongan.