Sunday, December 4, 2022

Panas! Ini kerajaan ‘luar tabii’ kata Sanusi

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor...

Terkini! Empat senator angkat sumpah di Dewan Negara

Empat senator mengangkat sumpah di Dewan Negara...

Teruk!! Sembilan lelaki direman berkait kes rogol gadis bawah umur

KOTA BHARU: Sembilan lelaki termasuk remaja berusia...

Lim Kit Siang menggelabah macam dirasuk hantu bila PAS UMNO bekerjasama kata Najib

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang dikatakan menggelabah macam dirasuk hantu apabila UMNO bekerjasama dengan Pas.

Datuk Seri Najib Razak berkata, semasa DAP berpakat dengan Pas boleh pula.

“Bila kita pakat dengan PAS, dia menggelabah macam dirasuk hantu pulak,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Najib mengulas kenyataan Kit Siang yang mendakwa kerjasama UMNO, Pas akan menyebabkan keadaan negara huru-hara.

“Bayangkan apakah yang akan berlaku selepas ini? Politik toksik mengaitkan agama dan bangsa akan meningkat ke satu tahap yang tidak pernah langsung di lihat dalam dunia politik Malaysia,” kata Kit Siang menerusi blognya.

Kit Siang turut menyamakan UMNO-Pas sebagai ‘kleptokrasi’ kerana perpaduan ummah ini sebenarnya lebih rela mendiamkan diri berhubung isu penyelewengan yang didakwa olehnya, sekali gus gagal menjadi sebuah kerajaan yang baik pada masa hadapan.

Najib yang menggelar Kit Siang sebagai Menteri Hal Ehwal Najib (MenHEN) berkata, Kit Siang mula meroyan dengan Penyatuan Ummah sejak semalam.

Sindir Najib, Ahli Parlimen Iskandar Putri itu mungkin lupa dia pernah berpakat dengan PAS.

“Cuba tanya dia tentang surat yang Guan Eng tandatangan bulan April 2013 itu.

“Bila dia pakat dengan PAS, boleh pulak,” kata Najib. – MalaysiaGazette

Berkaitan