Sunday, May 28, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

Lelaki tidak sedar berbogel kerana tekanan, diberi bantuan wang dan pakaian oleh Polis

PETALING JAYA: Sekumpulan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi membantu seorang lelaki bogel yang menghadapi tekanan sehingga tidak dapat mengawal perasaan di depan Daya Bumi, Kuala Lumpur hari ini.

Mereka membelikan pakaian untuknya dari sebuah kedai “bundle” dan memberikan sedikit wang saku sebagai tambang pulang ke rumahnya di Brickfields, selepas menyoal lelaki berkenaan.

“Beliau menyatakan menghadapi tekanan sehingga tidak dapat mengawal perasaannya akibat masalah peribadi, menyebabkannya meminum minuman keras secara berlebihan sehingga beliau tidak sedar yang beliau berbogel di khalayak ramai,” kata Ketua Polis Dang Wangi Mohd Fahmi Visunathan Abdullah dalam kenyataaan.

Polis mendapat maklumat daripada anggota trafik tentang seorang lelaki berjalan berbogel di hadapan mercu tanda ibu negara itu pada lebih kurang 3.27 petang tadi. Sebuah kereta peronda dan anggota unit rondaan bermotosikal diarah ke lokasi dan menemui lelaki berkenaan.

Mereka berjaya memujuknya masuk ke dalam kereta peronda tanpa sebarang kelakuan agresif.

“Lelaki berkenaan juga tidak mempunyai sebarang masalah mental,” katanya.

FMT

Berkaitan