BEIJING: Hanya berbekalkan pakaian wanita dan payudara palsu, dua lelaki mampu mengaut keuntungan sehingga 15 juta yuan (RM10 juta).
Lapor Agensi, itu taktik yang diguna pakai semasa mereka memeras ugut lelaki lain menerusi panggilan video dalam web.
Mangsa menyangkakan mereka sedang melakukan perbualan dengan wanita sebelum suspek berbogel di depan kamera.
Ketika giliran mangsa lelaki itu berbogel, suspek akan merakamkan aksi mereka untuk dijadikan sebagai umpan mendapatkan duit.
Pihak polis memberi peringatan kepada orang ramai mengenai modus operandi yang digunakan menerusi jaringan media sosial, Weibo Tiongkok.
Menerusi video itu, pegawai polis menunjukkan bagaimana suspek berpakaian seperti wanita.
Katanya, mereka akan memakai bra dan seluar dalam sebelum menarik baju yang kelihatan seperti kulit.
“Suspek menghabiskan masa selama berminggu-minggu bagi memperdayakan mangsa sebelum mengajak mereka mengadakan perbualan sambil berbogel.
“Mereka juga akan menyuruh mangsa memuat naik video yang kelihatan seperti aplikasi perbualan yang sebenarnya adalah spyware yang direka untuk mengesan senarai nombor dan emel mangsa,” jelasnya.
Dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu, pihak polis Guangdong menerima lebih 9,000 aduan peras ugut menerusi perbualan secara telanjang.
Hanya bermodalkan payudara palsu, lelaki kaut untung RM10 juta