Sunday, May 28, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

Lain macam! Lelaki Russia rela pergi berperang kerana tidak tahan dengar isteri membebel

Seorang datuk bandar mendakwa bahawa seramai satu persepuluh penduduk lelaki Russia lebih rela pergi berperang kerana tidak tahan mendengar bebelan isteri mereka di rumah, lapor laman berita RT semalam.

Datuk bandar Vorkuta, Yaroslav Shaposhnikov berkata, kebanyakan sukarelawan yang tampil untuk pergi berperang di Ukraine adalah kerana mereka mahukan tempoh berjauhan daripada isteri yang suka membebel.

“Kira-kira 10 peratus sukarelawan pergi ke barisan hadapan kerana tidak tahan mendengar  bebelan isteri masing-masing,” kata Shaposhnikov dalam satu diskusi online,  Open Vorkuta.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi penjelasan lanjut tentang bagaimana pengiraan 10 peratus itu dicapai.

Video ucapan Shaposhnikov pula menjadi tular di media sosial dan beliau menerima banyak kecaman mengenai kenyataan kontroversi tersebut.

Shaposhnikov bagaimanapun mempertahankan kenyataannya dan berkata, komen beliau dipetik di luar konteks oleh pihak media.

 

Berkaitan