Pkr sama Pkr sudah berantakan macam teruk sahaja nampaknya, Pro Azmin sudah ketara ditekan dan dinafikan, kalau begini, apa tindakan tuan Presidennya bila keadaan Pkr ibarat retak menanti belah.
Rakyat memerhati, malah melihat situasi ini tidak bagus untuk kestabilan politik negara, adakah Azmin dan pemimpin bersamanya bakal dipecat oleh Pkr?
Itu tidak dipastikan, itupun kalau Anwar Ibrahim beranilah.
Jemput Azmin, Hilman wajar dikenakan tindakan tegas
KUALA LUMPUR – Keputusan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat (AMK), Hilman Idham untuk meneruskan perasmian Kongres AMK dengan menjemput Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai perasmi telah melanggar Peraturan Tetap AMK.
Malah tindakan beliau memanggil mesyuarat berasingan tanpa persetujuan sah dari Majlis Pimpinan AMK juga adalah melampau dan tidak bertanggungjawab.
Sehubungan dengan itu, Naib Ketua AMK Malaysia, Thiban Subbramaniam mahu supaya Majlis Pimpinan Pusat PKR mengenakan tindakan tegas terhadap Hilman yang merupakan Setiausaha Politik kepada Azmin.