KUALA LUMPUR, 10 Sept — Gelagat lelaki menyuapkan makanan kepada kucingnya menggunakan sudu mendorong warga maya menyarankan supaya orang ramai bersedekah kepadanya.
“Alaaa comelnya siap makan bersuap tu,” kata seorang pengguna Twitter atas nama xfxxaxb.
“Lahhhhhhh hahhaha amboii yang boboy (nama kucing) siap bersuap,” kata Neny.
Mengikut pengguna Twitter yang mengaku pernah terserempak dengan individu tersebut, lelaki yang dianggar berusia 30-an, sering dilihat kayuh basikal bersama beberapa kucingnya yang diletak di dalam beg.
“Hari-hari nak balik kerja selisih. Biasa selisih kat Kampung Cina. Diam je kucing duduk time (semasa) dia kayuh basikal,” kata Noor Nazirah Muda.
Ada pengguna lain pula berkata lelaki tersebut “kadang-kadang dekat depan Maybank” atau Pasar Payang manakala individu itu dilihat berada di bazar Ramadan Taman Shahbandar pada Ramadan.
“Selalu kalau hari Sabtu pakcik ni ada kat pasar malam tepi Giant. Kucing-kucing dia behave (baik) je walaupun dalam crowded (kesibukan orang ramai). Aman damai je tidur atas riba,” kata Cempaka Soffia.
“Kadang(-kadang) nampak depan KFC MPKT (Majlis Perbandaran Kuala Terengganu)” kata Raihan Reihaina pula.