Thursday, October 5, 2023

Koyak! Siku pengadil sebab kalah, Jose Gimenez bakal digantung 15 perlawanan

Pemain pertahanan Uruguay, Jose Gimenez berdepan hukuman digantung 15 perlawanan selepas menyiku pengadil pada aksi terakhir peringkat kumpulan H menentang Ghana dalam temasya Piala Dunia 2022.

Uruguay menewaskan Ghana dengan keputusan 2-0 menerusi jaringan Giorgian De Arrascaeta namun mereka gagal untuk mara ke pusingan 16 pasukan terakhir setelah Korea Selatan menewaskan Portugal dengan keputusan 2-1.

Perlawanan antara kedua pasukan diwarnai dengan beberapa keputusan kontroversi yang dilakukan oleh pengadil, terutamanya selepas Hwang Hee-chan menjaringkan gol kedua untuk Korea.

 

Beberapa pemain bintang Uruguay seperti Edinson Cavani dan Jose Gimenez berang terhadap pengadil, Daniel Siebert selepas beliau tidak memberikan sepakan penalti ketika Cavani dijatuhkan dalam kawasan penalti.

Selepas mengetahui Uruguay terkeluar dari temasya Piala Dunia menerusi perbezaan jaringan, para pemain melampiaskan kemarahan mereka terhadap Siebert.

TheVocket

Berkaitan