Sunday, December 4, 2022

Panas! Ini kerajaan ‘luar tabii’ kata Sanusi

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor...

Terkini! Empat senator angkat sumpah di Dewan Negara

Empat senator mengangkat sumpah di Dewan Negara...

Teruk!! Sembilan lelaki direman berkait kes rogol gadis bawah umur

KOTA BHARU: Sembilan lelaki termasuk remaja berusia...

Kesal ada MP UMNO timbul persoalan ‘what’s next’ – Zahid

Tindakan segelintir ahli parlimen UMNO menimbulkan persoalan “what’s next” atau selepas ini apa, berikutan keputusan parti menarik sokongan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) amat dikesali.

Mereka seolah ragu-ragu dengan hala tuju dan perjuangan parti untuk menyelamatkan rakyat dan negara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 7 Julai lalu adalah jelas.

Katanya, mereka yang masih syak wasangka sekurang-kurangnya boleh mengulangi baca dan menghayati dengan hati jujur keputusan yang telah ditetapkan oleh parti itu.

“Mereka masih lagi bertanya “what’s next”? Atau apa hala tuju parti selepas ini kalau UMNO menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN, sedangkan perjuangan parti ialah menyelamatkan rakyat dan negara.

“Mereka boleh baca dan hayati keputusan Mesyuarat MKT pada 7 Julai lalu yang terkandung dalam perkara tujuh hingga sembilan,” katanya menerusi hantaran Facebooknya malam tadi.

Menurut Ahmad Zahid, perkara tujuh dalam ketetapan mesyuarat itu ialah UMNO mendesak agar Muhyiddin berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang perdana menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad.

Katanya, perkara lapan pula menyatakan, perdana menteri yang baharu akan hanya memfokuskan usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik, menangani Covid-19 dengan pendekatan inklusif dan memastikan proses vaksinasi dan imunisasi dapat disegerakan untuk diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Ini penting bagi membolehkan sebuah kerajaan yang benar-benar stabil dan memperoleh mandat majoriti rakyat diwujudkan sebagaimana terhasrat dalam titah Yang di-Pertuan Agong.

“Perkara kesembilan menyatakan, setelah berjaya mencapai tahap imunisasi kelompok, Perdana Menteri baharu mestilah segera menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.

“Ke-10, UMNO mempertegaskan pendirian sebagaimana yang telah diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO 2020 untuk tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai  Perdana Menteri ataupun kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH (DAP-PH Led Government),” katanya. – MalaysiaGazette

Berkaitan