Kes harian Covid-19 mula catat penurunan, ramai tarik nafas lega

Kes harian Covid-19 mula catat penurunan, ramai tarik nafas lega.Sinar hujung terowong semakin cerah. Itu mungkin antara ungkapan paling sesuai bagi menggambarkan situasi terkini Covid-19 di Malaysia apabila hanya dua negeri sahaja mencatatkan kes melebihi 2,000 hari ini.

Dua negeri terbabit ialah Sarawak dan Johor di mana masing-masing mencatatkan sebanyak 2,929 dan 2,208 jangkitan Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham berkata, Selangor pula mencatatkan jangkitan kes di bawah paras 2,000 dengan jumlah 1,995.

“Jumlah penggunaan katil bukan unit rawatan rapi (ICU) di Selangor hanya mencatatkan 54 peratus sahaja dan angka itu dilihat lebih rendah berbanding Sarawak dan Pulau Pinang di mana masing-masing mencatatkan penggunaan sebanyak 91 peratus.

“Labuan mencatatkan penggunaan katil bukan ICU paling rendah dengan lapan peratus diikuti Negeri Sembilan (29 peratus) dan Melaka (46 peratus),” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Kes

Dalam pada itu, penggunaan katil ICU di Selangor mencatakan sebanyak 82 peratus, Sabah (70 peratus), Kuala Lumpur (93 peratus), Sarawak (88 peratus) dan Johor (73 peratus).

Labuan masih mengekalkan penggunaan katil ICU paling rendah dengan hanya diisi oleh enam peratus pesakit daripada 18 buah katil secara keseluruhan.

Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! di platform Facebook mendapati orang ramai terus mendoakan agar situasi Covid-19 di Malaysia terus menurun sekali gus mengurangkan bebas petugas kesihatan.

“Alhamdulillah, Ya Allah, Kedah makin menurun,” ucap Nur Lizyana.

“Moga kes terus menurun, kesian lihat petugas kesihatan bekerja siang dan malam, kekal jaga SOP semua,” pinta Najmudin Desa.

“Moga kes harian dibawah 10,000 dan kematian di bawah angka tiga digit, Amin,” doa Mohd. Shahrum Hamisan.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/18/hanya-dua-negeri-catat-kes-lebih-2000/

Terkini

Berita Berkaitan