Thursday, February 2, 2023

Terkini!! Bersatu hantar surat mohon SPRM batal beku akaun

Bersatu akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan...

Terkini! Abah perkenal Kabinet Bayangan PN

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin melancarkan...

Terkini!! Akaun Bersatu dibeku SPRM,

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Kerja gila! Saintis Russia cuba hidupkan semula paleovirus berusia 400,000 tahun

MOSCOW – Sekumpulan saintis yang cuba ‘menghidupkan’ semula sejenis virus kuno telah mencetuskan kebimbangan terhadap kewujudan pandemik baharu, lapor portal berita Daily Star semalam.

Ia berikutan tindakan pakar-pakar di Pusat Penyelidikan Vektor di Novosibirsk, Siberia, Russia sedang menganalisis sisa bangkai haiwan gajah raksasa purba dikenali sebagai mamot, badak sumbu bulu dan sebilangan haiwan lain yang hidup semasa Zaman Ais.

Mereka cuba mengenal pasti dan menghidupkan semula virus prasejarah dikenali sebagai paleovirus yang tidak lagi aktif selama hampir setengah juta tahun.

Pasukan itu juga melakukan kajian dengan tujuan untuk mengekstrak dan mengkaji jangkitan yang menyebabkan kematian haiwan prasejarah tersebut.

Namun, pakar-pakar berkata, kajian tersebut sangat berisiko kerana virus yang membunuh mamot dan haiwan prasejarah lain juga boleh menjangkiti manusia.

Seorang pakar genom, Profesor Jean-Michel Claverie dari Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan di Universiti Aix-Marseille berkata: “Penyelidikan Vektor adalah sangat, sangat berisiko.

“Sistem imun kita tidak pernah menemui jenis virus ini. Sebahagian daripada virus tersebut berumur 200,000 atau bahkan 400,000 tahun.

Pada tahun 2019, letupan gas merebak melalui makmal yang dipanggil Pusat Penyelidikan Virologi Negara (Vector) di Koltsovo, Novosibirsk, Siberia yang mana penyakit yang sangat berbahaya termasuk Bubonik, Antraks dan Ebola disimpan.

Satu lagi kesilapan di sebuah makmal Ebola berlaku pada tahun 2004 di Russia sehingga menyebabkan kematian seorang pekerja selepas dia secara tidak sengaja menusuk dirinya dengan jarum yang mengandungi virus tersebut.

Pusat Penyelidikan Virologi Negara itu juga dikenali sebagai salah satu daripada dua tempat di dunia di mana virus cacar yang dorman disimpan.

Seorang pakar biosekuriti di King’s College London, Filippa Lentzos memberi amaran bahawa makmal yang paling selamat pun tidak terkecuali daripada perlanggaran undang-undang.

Beliau berkata: “Walaupun dengan amalan yang umumnya selamat, kemalangan masih boleh berlaku.”

Pada tahun 2016, seorang kanak-kanak meninggal dunia dan berpuluh-puluh orang lagi dimasukkan ke hospital selepas berlakunya wabak antraks yang disebabkan oleh bakteria bacillus antracis di Siberia.

Dalam pada itu, haiwan-haiwan yang dikaji di pusat penyelidikan tersebut ditemui di wilayah Yakutia di mana suhu boleh menjunam ke paras terendah -55 darjah Celsius. – Agensi

Berkaitan