Sunday, May 28, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

Kerana muka macam Korea! ‘Lee Min-ho’ digoda pelanggan ketika jual nasi kuning

JAKARTA- Seorang penjual hidangan nasi kuning di Indonesia menjadi tular kerana memiliki wajah mirip pelakon terkenal dari Korea Selatan, Lee Min-ho, lapor Suara.com semalam.

Dodi Angga Andrean ,28, yang berasal dari Samarinda, Kalimantan Timur tidak menyangka video TikTok yang dikongsi pembeli nasi kuningnya menjadikan dia tumpuan netizen.

Dodi pada mulanya hanya membantu ibu dan bapanya menjual nasi kuning dua tahun lalu namun selepas berhenti kerja tahun lalu, dia mula berniaga nasi kuning secara tetap.

Sejak kisahnya tular, Dodi mengaku kerap digoda oleh pelanggan wanita dan netizen di akaun TikTok miliknya.

“Ramai yang menggoda, ada ajak saya kahwin dan tidak kurang juga cuba mengajak saya melakukan perbuatan tidak senonoh tetapi saya tidak layan.

“Ramai yang mahu jadi kekasih saya tetapi fokus saya sekarang adalah membantu ibu bapa meniaga,” kata Dodi.

Tambah lelaki itu lagi, sejak video TikToknya tular, semakin ramai pelanggan yang datang mengunjungi warung untuk menikmati nasi kuningnya.

“Kebiasaannya warung ditutup pada pukul 5 pagi namun semenjak tular, hidangan nasi kuning sudah habis dibeli sebelum pukul 4 pagi lagi,” jelasnya yang mula berniaga sekitar 11 malam setiap hari. -Agensi

Berkaitan