“Dalam satu pengertian kemunculan Pakatan Harapan itu mengesa pihak-pihak dalam UMNO dan PAS untuk mewujudkan satu pakatan dan kalau tiada Pakatan Harapan mereka tidak akan bersatu.

“Sesungguhnya gabunggan ini hanya untuk mendapat sokongan rakyat, jadi mereka (UMNO-PAS) perlu tunjuk bahawa mereka lebih baik daripada Pakatan Harapan…kalau itu dapat dilakukan maka sebahagian daripada beban mereka akan dapat dipikul dengan baik, jika tidak mereka akan gagal,” katanya kepada Bernama selepas menghadriri program Larian Merdeka Malaysia 2019 di sini, hari ini.

Program tersebut disempurnakan oleh Undang Luak Jelebu Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan Bakri Sawir.

Rais diminta mengulas mengenai pemeteraian perjanjian kerjasama yang dikenali sebagai Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata hasil dari gabungan kedua-dua parti berkenaan PH harus menjadikan ia sebagai satu penanda yang baharu dalam menambat hati masyarakat di negara ini untuk terus kekal relevan.

“Ini mugkin menjadi satu ‘loceng’ yang baru kepada Pakatan Harapan bagi memikir semula apakah dasar dan manifesto yang harus dikaji dan bagaimana menifesto itu berjaya dilaksanakan.

“Saya percaya Pakatan Harapan tidak akan berdiam diri, kita akan perbaiki menerusi kaca mata DAP, Amanah, Bersatu dan PKR,” katanya.

UMNO dan PAS dilaporkan memeterai perjanjian kerjasama itu yang dikenali sebagai Piagam Muafakat Nasional dengan ditandatangani oleh kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid (UMNO) dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS).- BERNAMA