Thursday, December 1, 2022

Kepala air, tiada pembalakan di Gunung Jerai kata MB Kedah

Bukan berpunca daripada aktiviti pembalakan kejadian banjir yang menjejaskan beberapa kawasan di sekitar Gunung Jerai di sini,

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ia akibat fenomena kepala air selepas hujan lebat petang tadi.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perhutanan tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai sejak 30 tahun dulu dan kawasan itu telah diwartakan sebagai Hutan Perlindungan.

pembalakan

Tiada pembalakan di Gunung Jerai – MB Kedah

“Arus deras ekoran fenomena kepala air turut membawa pokok sekitar hutan simpan turut dibawa arus deras sehingga ke sungai,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Muhammad Sanusi meninjau kawasan yang terjejas akibat banjir kilat itu.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, setakat ini seorang mangsa dilaporkan maut akibat kejadian banjir itu.

“Mangsa seorang lelaki berusia 60 tahun dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk proses bedah siasat. Saya ucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Difahamkan kejadian fenomena kepala air itu merupakan yang terburuk pernah berlaku di kawasan tersebut.

Terdahulu, lebih 20 rumah penduduk di lima kampung sekitar Gurun dan Merbok, dilanda banjir kilat kesan fenomena kepala air yang bermula di Gunung Jerai petang tadi.

Dalam kejadian jam 5.30 petang, lima kampung terbabit ialah Kampung Baru, Kampung Sungai Badak dan Kampung Sungai Kunyit Atas di Gurun, manakala Kampung Tandop Batu dan Kampung Sungai Batu di Merbok.

Fenomena kepala air dan banjir ini sempat dirakamkan penduduk yang tular di media sosial yang menyaksikan kemusnahan kepada kediaman, jalan raya dan kenderaan selain menyebabkan pokok tumbang.

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2021/08/18/tiada-aktiviti-pembalakan-di-hutan-simpan-gunung-jerai-mb-kedah/

Berkaitan