Friday, March 24, 2023

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Panas! Jana Wibawa, lagi ditahan, kali ini seorang pegawai SPRM dan 4 individu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang...

Kempen warga asing beli rumah mampu pulihkan ekonomi yang semakin tenat kata Zuraida

KEPALA BATAS: Cadangan penganjuran Kempen Pemilikan Rumah (HOC) kepada pembeli warga asing bagi menyelesaikan isu lambakan rumah mewah tidak terjual adalah sebahagian daripada usaha untuk memulihkan ekonomi negara, menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, dengan penjualan rumah mewah tidak terjual itu, kerajaan dapat mencairkan keadaan ekonomi negara, sekali gus membuka lebih peluang kepada pemaju untuk merancakkan lagi projek pembangunan perumahan mampu milik di negara ini.

“Pada mereka yang memberikan kritikan itu mungkin mereka tidak faham konsep ekonomi negara. Konsep ekonomi negara bila kita lihat dalam keadaan begini, kita harus cuba menyelesaikannya untuk mencairkan keadaan ekonomi dan membantu kita memulihkan ekonomi serta industri perumahan.

“Sekiranya ia terbeku di situ, ada 140 industri hiliran yang terbabit dengan pembangunan industri perumahan.

“Jadi kalau kita dapat cairkan ini dengan penjualan rumah, bank pun akan dapat menerima bayaran daripada pemaju, lepas itu rancakkan lagi aktiviti ekonomi, aktiviti pekerjaan dan sebagainya.

“Boleh juga merancakkan lagi projek rumah mampu milik yang kerajaan nak buat. Itu asas dia,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengisytiharan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di sini, hari ini.

Pada Rabu, Zuraida dilaporkan mencadangkan HOC untuk menarik pembeli dari China dan Hong Kong bagi menyelesaikan isu lambakan rumah mewah di negara ini yang bernilai kira-kira RM100 bilion.

Zuraida berkata, adalah menjadi tanggungjawab kementerian untuk memastikan rumah terbabit terjual bagi mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai landskap yang baik.

“‘You just imagine’ 10 tahun akan datang kalau kita tidak ‘clearkan’ hartanah ini, negara ini landskapnya adalah landskap bangunan terbengkalai, bangunan yang kotor dan uzur.

“Adakah kita nak melihat Malaysia begitu pada masa akan datang. Kita akan menyesal nanti. Jadi kita kena menanganinya sekarang semampu boleh,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya penjualan rumah itu kelak tidak mudah dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Beliau berkata, KPKT bersama Kementerian Pelancongan dan Kementerian Dalam Negeri akan meneliti semula pakej Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dan melihat penambahbaikan yang boleh dibuat, sama ada bersesuaian dengan pelaksanaan cadangan penganjuran HOC itu.

Dalam pada itu, kerajaan Negeri Johor dilaporkan bersetuju sekiranya kempen Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dipergiat dan diperkenalkan, khususnya dalam menangani isu lambakan hartanah mewah tidak terjual di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri Dzulkefly Ahmad berkata, usaha itu secara tidak langsung dapat menarik pelaburan asing, terutama bagi mereka yang ingin menghabiskan persaraan di negara ini.

“Kalau buat pameran di luar negara, kita lebih setuju dipergiatkan kempen MM2H, maknanya kita menarik pelaburan mereka yang hampir bersara untuk habiskan tempoh persaraan di Malaysia,” katanya hari ini.

Berkaitan