Thursday, October 5, 2023

Panas! Sanusi kata Kedah boleh lebih maju dari Selangor jika ada KL berhampiran

Menteri Besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md...

Akhirnya kereta terbang memang wujud, tempahan kini dibuka kepada umum..

SAN MATEO, CALIFORNIA  –  Sebuah syarikat pengeluar...

Kematian akibat Covid di Malaysia tetap tinggi, sejumlah 212 kematian pada hari ini

Kuala Lumpur: Sejumlah 212 kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, masih tinggi berbanding kes harian yang menunjukkan penurunan sejak tiga hari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka kematian terbaharu itu menjadikan jumlah kematian 10,961 kes, manakala kes baharu Covid-19 hari ini adalah 17,236 kes.

Memperincikan kes kematian, katanya, sebanyak 196 kes kematian di hospital dan 16 kes lagi membabitkan kematian di luar hospital (BID).

“Daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 76 kes dilaporkan di Selangor, 24 kes di Johor, 20 kes di Kedah, 18 kes di Kuala Lumpur, 16 kes di Pahang, 14 kes di Negeri Sembilan, 12 kes di Pulau Pinang, 11 kes di Sabah.

“Lapan kes di Melaka, lima kes di Terengganu, empat kes di Kelantan, dua kes di Perak dan masing-masing satu kes di Perlis serta Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sehingga kini jumlah kumulatif kes Covid-19 mencapai 1,279,776 kes dengan kadar kebolehjangkitan pula sebanyak 227,230 kes.

“Daripada keseluruhan kes baharu pada hari ini, sebanyak 372 kes iaitu 2.2 peratus kategori 3, 4

dan 5, manakala sebanyak 16,864 kes iaitu 97.8 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 serta 2.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa Covid-19. Ada antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, hanya 4,556 kes iaitu 26.4 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan mempunyai sejarah imunisasi, selain 1,095 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 579 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, negara turut merekodkan 15,187 kes sembuh hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 1,041,585 kes atau 81.4 peratus daripada keseluruhan kes.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/740626/kematian-akibat-covid-19-masih-tinggi-212-kes-hari-ini

Berkaitan