Kekal di MITI : Azmin ucap terima kasih kepada Ismail Sabri.Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali komited untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang maju dan pulih.
Mohamed Azmin menerusi ciapan dalam Twitter rasminya hari ini turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas kepercayaan yang diberikan untuk kekal menerajui MITI.
“Terima kasih YAB @IsmailSabri60 atas kepercayaan dan amanah untuk saya kekal memimpin @MITIMalaysia.

“Insyallah, saya terus komited untuk memastikan ekonomi akan terus mara di atas pertumbuhan mampan dan pemulihan yang lestari demi Keluarga Malaysia.
“Back to serve Flag of Malaysia (Kembali untuk berkhidmat kepada negara),” katanya.
Mohamed Azmin antara muka lama yang ada dalam barisan Kabinet pimpinan Ismail Sabri yang diumumkan hari ini, selain kekal dengan portfolio sebelum ini.
Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/856607/azmin-komited-pastikan-ekonomi-terus-berkembang