Saturday, March 25, 2023

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Panas! Jana Wibawa, lagi ditahan, kali ini seorang pegawai SPRM dan 4 individu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang...

Kata WHO, Varian Covid India dikesan di 17 negara, ini merisaukan dunia

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam berkata varian Covid-19 yang dikhuatiri akan menyumbang kepada peningkatan kes koronavirus di India telah ditemui di lebih 10 negara.

Agensi kesihatan PBB itu berkata varian B.1.617 Covid-19 yang pertama kali ditemui di India telah dikesan semalam di lebih 1,200 urutan yang dimuat naik ke pangkalan data akses terbuka Gisaid “dari sekurang-kurangnya 17 negara”.

“Sebilangan besar urutan itu dimuat naik dari India, UK, Amerika Syarikat dan Singapura,” kata WHO dalam kemas kini epidemiologi mingguannya mengenai wabak tersebut.

WHO baru-baru ini menyenaraikan B.1.617 – yang memiliki beberapa sub-garis keturunan dengan mutasi dan ciri yang sedikit berbeza – sebagai “varian yang menarik minat”.

Tetapi setakat ini ia belum lagi disenaraikan sebagai “varian yang membimbangkan”.

India berdepan lonjakan kes dan kematian baru akibat pandemik tersebut, dan lebih membimbangkan lagi, varian tersebut boleh menyumbang kepada bencana yang bakal berlaku.

Letusan jangkitan di India – 350,000 kes baharu direkodkan semalam – telah menyebabkan lonjakan kes global menjadi 147.7 juta.

Virus itu kini telah membunuh lebih daripada 3.1 juta orang di seluruh dunia.

WHO mengakui model awal berdasarkan urutan yang diserahkan kepada Gisaid menunjukkan “B.1.617 memiliki kadar pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding varian lain di India, yang menunjukkan potensi peningkatan kebolehjangkitan”.

“Benar, kajian menunjukkan penyebaran gelombang kedua jauh lebih cepat berbanding gelombang pertama,” kata WHO.

Tegasnya, “pendorong lain” turut menyumbang kepada lonjakan, termasuk kepatuhan terhadap langkah-langkah kesihatan awam dan juga perhimpunan besar-besaran.

“Penyelidikan lebih lanjut diperlukan untuk memahami sumbangan relatif faktor-faktor ini,” katanya.

Agensi PBB turut menekankan bahawa “kajian lebih lanjut” mengenai ciri-ciri B.1.617 dan varian lain, termasuk kesan pada kebolehjangkitan, keterukan dan risiko jangkitan semula, “sangat diperlukan”.

Berkaitan