Sunday, March 26, 2023

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Panas! Jana Wibawa, lagi ditahan, kali ini seorang pegawai SPRM dan 4 individu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang...

Kasih seorang bergelar Ayah

Tadi saya nak pergi pejabat di Putrajaya. Jalan kelihatan lengang. Saya memandu sambil santai layan angin petang.

Waktu hampir sampai di lampu isyarat, saya ternampak seorang lelaki menunggang motorsikal ada membawa sesuatu.

Saya rapatkan kereta didapati ada mainan Teddy Bear besar.

Kebetulan lampu merah. Saya sempat menyapa “bang, besar teddy bear tu. Nak bawa ke mana tu?”

Dia angkat tunjuk dekat saya. Dia buka pelitup muka dan dia cakap ” Ya bang. Ini saya jumpa waktu kerja tadi. Dekat tempat sampah ada orang buang, saya ambil bang”

Saya tanya lagi ” Tu nak bawa balik bagi anak ke?”

Dia terdiam. Dia pandang bear tu, dia pandang saya. Saya pandang dia.

Tajam renungan dia lalu dia berkata ” Ya bang. Anak saya lagi mahu teddy bear. Itu hari ada nampak di kedai. Tapi harganya mahal sangat. Boleh buat lauk makan keluarga bang. (Sambil ketawa).

Ini bear tadi saya jumpa dekat tempat sampah, masih elok. Memang rezeki dia. Nanti saya basuh bersih, saya bagi dia mesti dia suka”

Ya Allah. Sayu bunyinya. Saya tergamam sekejap. Lampu bertukar hijau. Dia angkat tangan dekat saya. Saya cakap dekat dia ” hati hati bang. Nak hujan ni. Abang memang ayah terbaik”

Sekejap sahaja Tuhan hantarkan saya peringatan. Atas apa jua kepayahan yang sedang kita lalui, ada orang lebih susah dari kita.

Begitulah kasihnya seorang ayah. Kita selalu dengar kisah pengorbanan ibu dan para wanita. Namun, usah kita lupa pengorbanan para lelaki.

Setiap hari mereka keluar mencari rezeki. Entah hujan, entah panas. Tak siapa yang tahu apa dilalui setiap hari bagi memastikan ada nasi di atas pinggan untuk keluarga.

Lelaki ni memang jenis tak suka sangat bercerita apa yang mereka lalui di luar. Tanggungjawab di bahu yang dipikul bukan mudah. Kadang tu, atas motor tak perasan air mata berlinang. Betul tak?

Buat para lelaki, moga terus kuat semangat semuanya. Setiap tanggungjawab ini, ada ganjaran pahala di sisi Tuhan.

Mari kita semua bersama-sama terus melawan kerasnya hidup ini. Kita tidak boleh putus asa kerana di belakang kita ada harapan yang perlu dipenuhi.

Kalau rasa sentap, tatap sekejap wajah-wajah insan yang Tuhan amanahkan untuk kita.

Nescaya, membara semangat!

Kredit: Azri Walter

Berkaitan