Kabinet baharu – Pas puas hati

Pas puas hati dapat portfolio dalam kabinet baharu.PAS berpuas hati dengan pelantikan beberapa pemimpin parti itu dalam barisan Kabinet baharu yang disifatkan bersesuaian dengan portfolio.

Pas puas hati dapat portfolio dalam kabinet baharu.PAS berpuas hati dengan pelantikan beberapa pemimpin parti itu dalam barisan Kabinet baharu yang disifatkan bersesuaian dengan portfolio.

“Kita boleh menyumbang ke arah pembangunan Islam kerana ada pengalaman di negeri seperti Kelantan, Terengganu serta Kedah dan portfolio itu kita rasakan amat sesuai malah boleh berperanan sebaiknya.

“Begitu juga dengan yang lain malah beberapa portfolio sahaja yang bertukar dan kita berpuas hati,” katanya pada sidang media di Pejabat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Bharu di sini, hari ini.

PAS

Dalam pembentukan Kabinet baharu semalam, Takiyuddin dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli, manakala Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik semula sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air.

Lima lagi Ahli Parlimen PAS dilantik sebagai timbalan menteri iaitu Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh sebagai Timbalan Menteri II Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Ahmad Marzuk Shaary (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri-Hal Ehwal Agama) dan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Turut dilantik Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Awang Hashim (Timbalan Menteri Sumber Manusia).

Terdahulu Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-64 di hadapan pejabat DUN dan mengagihkan Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya.

Mengulas konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Takiyuddin berkata, terpulang kepada kerajaan hari ini untuk menggunakan sebarang frasa asalkan tidak bercanggah dengan dasar.

“Apa pun ingin namakan, itu tidak penting cuma dalam konteks Keluarga Malaysia ini, saya rasa ia bukanlah nama kerajaan tapi penekanan yang mana kalau masa dulu ada 1Malaysia dan itu slogan kepada negara untuk kerajaan pada masa itu.

“Sekarang Kerajaan Persekutuan slogannya adalah Keluarga Malaysia yang ada konsepnya tersendiri.

“Bagi PAS, selagi perkara itu tidak bercanggah dengan dasar kita dari segi agama, tiada masalah,” katanya.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/856993/pas-puas-hati-portfolio-dalam-kabinet-baharu

Terkini

Berita Berkaitan