Thursday, October 5, 2023

Panas! Sanusi kata Kedah boleh lebih maju dari Selangor jika ada KL berhampiran

Menteri Besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md...

Akhirnya kereta terbang memang wujud, tempahan kini dibuka kepada umum..

SAN MATEO, CALIFORNIA  –  Sebuah syarikat pengeluar...

Jumpa burung bersarang atas kereta, kerabat diraja ini hadang SUV agar ia tidak diganggu

Kebelakangan ini kita sering dihidangkan dengan kisah kekejaman terhadap haiwan yang mengundang amarah dan rasa kecewa.

Namun, apa yang berlaku di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini jelas berbeza.

Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammed Rashid Al Maktoum dalam satu perkongsian di IG Stories miliknya pada pagi Isnin menunjukkan satu ‘penemuan’ yang tidak disangka.

Menerusi perkongsian itu, kelihatan seekor burung sedang bersarang di atas bonet kereta beliau.

Kerana kasih pada makhluk Tuhan yang ‘tumpang’ bersarang di cermin kereta miliknya, beliau memilih untuk membiarkan saja haiwan itu bersarang di situ.

Malah lebih daripada itu, beliau turut meletakkan kon di sekeliling SUV Mercedes-AMG G63 miliknya agar burung tersebut tidak diganggu.

Bukan itu saja, beliau juga tidak membenarkan kakitangannya untuk menghampiri kenderaan itu supaya tidak menakut-nakutkan haiwan tersebut.

Golongan kerabat diraja Emiriah Arab Bersatu (UAE) sememangnya dikenali dengan sikap pemurah dan prihatin.

Pada Jun lalu, Sheikh Hamdan dilapor kembali ke sebuah fasiliti perubatan hanya untuk bergambar bersama seorang kakitangan yang terlepas peluang bergambar bersamanya dalam sesi lawatan sebelum itu.

Berkaitan