Jangan mengalah, tingkat ekonomi keluarga menerusi inisiatif kerajaan, kata PM

BERA: Kesan daripada penularan Covid-19 bukan alasan untuk Keluarga Malaysia khususnya kumpulan B40 mengalah, sebaliknya wajar mengambil peluang untuk menambah baik ekonomi keluarga menerusi pelbagai inisiatif disediakan kerajaan.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia juga sentiasa mengambil langkah memastikan kebajikan pekerja dan majikan termasuk dalam ekonomi baharu seperti gig (sementara).

Sebagai contoh, kata beliau, pada 2020 hanya segelintir pekerja gig dilindungi, kini lebih 260,000 orang mendapat perlindungan menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ditambah dengan bantuan kerajaan yang turut menyumbang kepada caruman mereka.

“RMK12 (Rancangan Malaysia Ke-12) turut memberi tumpuan khas kepada pengembangan ekonomi gig (ekonomi jangka pendek) sebagai salah satu dimensi ekonomi baharu yang perlu diberi perhatian.

“Di bawah Sistem Insurans Pekerjaan ditawarkan Perkeso, seramai 188,526 Keluarga Malaysia telah menerima manfaat faedah kewangan berjumlah RM1 bilion bagi membantu mereka yang terkesan meneruskan kehidupan harian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Karnival Anak Muda Gegor Bera di Dewan Konvensyen Bera di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Ti Lian Ker, Pengerusi Lembaga Perkeso, Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Jangan mengalah, tingkat ekonomi keluarga menerusi inisiatif kerajaan, kata PM

Terkini

Berita Berkaitan