Sunday, April 2, 2023

Orang ramai terkejut melihat tumbuhan misteri tumbuh pada pili bomba

Tumbuhan misteri warna merah pada pili bomba...

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Hebat! Tiga beradik di Kenya, pilih pakwe yang sama, ibarat ‘berkongsi kasih’

Nairobi: Tiga beradik kembar di Kenya ini memilih untuk berkongsi teman lelaki yang sama.

Mereka mendakwa perkongsian itu bukan satu masalah yang besar.

Media tempatan melaporkan Cate, Eve dan Mary, yang menjalinkan hubungan dengan Bigman Stevo.

Kisah pelik tiga beradik ini kemudiannya menjadi tajuk berita utama, sejak beberapa minggu lalu.

Antara tiga beradik ini, Cate menjadi orang yang pertama bertemu Stevo sebelum berkongsi kisah percintaan itu dengan dua lagi adiknya.

Dua lagi kembarnya itu kemudian mendekati Stevo dan menawarkan diri sebagai teman wanita dan mereka sudah menjalinkan hubungan sejak beberapa minggu lalu.

Bagi mengelak konflik, mereka membuat jadual khas supaya percintaan itu terjalin dengan harmoni.

“Saya menontonnya (Stevo) di YouTube sebelum menceritakan kepada Mary.

“Saya memang meminatinya dan selepas menunjukkan kepada Eve, dia turut menaruh perasaan sama,” kata Cate.

Walaupun mengakui Stevo kacak, namun rasa cinta terhadap lelaki itu disebabkan beberapa sebab berbeza.

Kembar itu juga memaklumkan mereka tidak cemburu sesama sendiri dan menyediakan jadual untuk memastikan masa bersama teman lelaki dapat diluangkan dengan adil.

“Kami merancang dan menetapkan jadual setiap hari dan menjadikan Jumaat sebagai hari kami bertiga menghabiskan masa bersamanya.

“Stevo perlu mencintai kami dengan adil dan dia mencuba sebaik mungkin memenuhi syarat itu,” katanya.

Stevo seorang ahli perniagaan dan pencipta kandungan memaklumkan tiada masalah untuk bercinta dengan tiga wanita berbeza pada satu masa.

“Saya percaya cinta ini bukan terhad untuk seorang wanita saja dan saya dilahirkan untuk berpoligami,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/2022/04/836804/kami-kongsi-kasih?fbclid=IwAR0v1exi_gbZdpzUbzQh17uCYdb5CoSsSgJ0GEtpO4vqOcsTdbsiNqrNKzo

Berkaitan