HEBAT GILA!! Tak payah Azmin, ‘budak sekolah’ pun boleh menang debat dengan Najib, kata Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin menolak cabaran Bekas Perdana Menteri Najib Razak untuk berdebat mengenai isu Felda.

Beliau berkata PN tidak perlu menghantar Ketua Penerangannya, Mohamed Azmin Ali untuk berdebat kerana yakin berdasarkan data-data dan fakta-fakta kejayaan kerajaan PN untuk atasi masalah Felda, Najib tidak akan mendapat menjawabnya sekiranya mereka berdebat.

“Apa Najib nak cabar dengan data-data dan fakta-fakta sudah ada terpampang di depan mata dia…. Nak bahas apa lagi.

“Tak payah Azmin, budak sekolah pun boleh menang dalam debat seperti itu,” katanya dalam satu sidang media selepas majlis pelancaran program mendayakan ketersambungan luar bandar dan merapatkan jurang Digital dengan TV White Space di Stadium MPM Lenga di sini.

Ahad lalu, Najib mencabar Muhyiddin berdebat mengenai isu Felda dan mencadangkan Azmin membantu Presiden Bersatu itu ketika berdebat nanti.

Terdahulu pada Sabtu lepas, Azmin mencabar Najib berdebat dengannya mengenai isu Felda dan turut mendakwa, kepimpinan bekas Perdana Menteri itu menghancurkan peneroka dan masa depan Felda.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata beliau tidak perlu berdebat dengan Najib kerana mahu membiarkan pengundi di Johor yang disifatkan sebagai hakim terbaik menentukan keputusan pada Sabtu ini.

“Beliau (Najib) sendiri mencampuri urusan pentadbiran Felda yang tidak dipersetujukan oleh Ahli lembaga Pengarah seperti penyenaraian FGV, pembelian ladang ladang Eagle High. Banyak penyelewengan Najib tak boleh nak tepis.

“Terduduk nak jawab. Macam mana cara nak jelaskan, Apa lagi penyelesaian hutang peneroka Felda RM8.3 bilion yang saya hapuskan.

“Mereka kata atas desakan Umno (hapuskan hutang peneroka). Apa desakan Umno. Umno memimpin negara dah berpuluh tahun kalau sedar masalah itu waktu itu dah selesaikan masalah,” katanya.

Muhyiddin juga berkata beliau yang tidak sampai setahun memerintah kerajaan PN telah hapuskan hutang peneroka, terbitkan sukuk dijamin oleh kerajaan RM9.9 bilion untuk ambil alih semula FGV, pulihkan Felda pada satu organisasi.

“Dengan data-data dan fakta-fakta sudah ada terpampang di depan mata, dia nak bahas apa lagi,” soal Muhyiddin.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata calon Menteri Besar bagi PN akan diputuskan selepas memenangi PRN Johor pada 12 Mac ini, bagaimanapun pengundi tidak perlu bimbang kerana calon yang bertanding mempunyai kelayakan yang baik.

Tak payah Azmin, ‘budak sekolah’ pun boleh menang debat dengan Najib, kata Muhyiddin

Terkini

Berita Berkaitan