Apabila bercakap soal poligami, kebanyakan yang selalu kita dengar adalah kesedihan dan kepahitan yang dilalui isteri pertama sepanjang tempoh berkongsi kasih.
Biarpun ada sesetengahnya yang rela bermadu dan sendiri pinangkan bakal isteri buat si suami, ada netizen merasakan isteri pertama hanya berpura-pura menerimanya. Betul ke?
Seperti perkongsian seorang pengguna TikTok, dia telah selamat berkahwin buat kali kedua dengan restu isteri pertama.
Difahamkan isteri keduanya dipinang sendiri oleh isteri pertamanya, malah wanita itu jelas sekali tidak kekok ketika menghadiri majlis suaminya itu. Perkara tersebut ternyata telah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Menerusi hantaran seterusnya, lelaki ini memuat naik video menjawab dakwaan warganet yang mengatakan raut wajah isteri pertama menunjukkan kesedihan.
Tetapi isteri pertama menafikan dakwaan itu sebaliknya mengakui seronok ada kawan baru.
Apa-apa pun selamat pengantin baru diucapkan kepada abang ni. Semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia sehingga ke Jannah. Amin.
Kredit: TikTok @sifugsa7
https://ohmedia.my/trending/viral-isteri-pinang-madu-untuk-suami-seronok-ada-kawan-baru/