Harta benda Sajad bakal dilelong, namun dia gembira di luar negara

Sebahagian aset milik usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzaman disita bagi membayar pampasan kepada Syarikat OWA Resources Sdn Bhd sebanyak RM200,000 yang gagal dilunas.

Perintah penyitaan itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Wahida Md. Nor selepas membenarkan permohonan Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 dari OWA Resources.

Penyitaan dan penjualan dijalankan pukul 10.30 pagi tadi di rumah Muhammad Sajjad yang beralamat di Kota Damansara, Selangor.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati Muhammad Sajjad tidak memberi maklum balas untuk membayar pampasan setelah gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada April lalu bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkan beliau membayar gantirugi kepada OWA Resources.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli yang mewakili Nurwati dan Syakir berkata, anak-anak guam fokus untuk mendapatkan pampasan yang diarahkan dibayar oleh mahkamah.

Menurutnya, barang-barang yang disita akan dilelong di bawah harga pasaran untuk menebus pampasan yang perlu dibayar kepada pihak plaintif.

Harta Muhammad Sajjad bakal dilelong

Terkini

Berita Berkaitan