Habislah! WHO beri amaran varian lambda, lebih bahaya dari Delta & mungkin kebal vaksin

Saat dunia masih hangat memperkatakan tentang varian Delta COVID 19 yang kini sedang mengganas di beberapa negara termasuklah di Malaysia, kini datang pula satu varian baru yang katanya lebih berbahaya.

Menurut Kosmo, sekumpulan pegawai kesihatan kini memberi amaran berhubung mutasi luar biasa dalam varian Lambda yang kini sedang menular di Britain kerana dibimbangi kuman itu mampu menjadi kebal terhadap vaksin COVID 19.

Outbreak Coronavirus World

Sumber: CDC

 

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata, varian baru ini juga berkongsi mutasi genetik yang sama dengan varian Delta sekaligus menjadikan ia mudah menjangkiti orang ramai.

Lambda yang juga dikenali sebagai C.37 pertama kali dikesan di Peru pada tahun lepas sebelum ia pantas merebak ke 27 negara termasuklah Britain.

Para saintis juga mulai sedar akan varian berbahaya itu pada Disember tahun lepas apabila ia ditemui dalam 1 daripada 200 sampel.

Walau bagaimanapun, pada Mac lepas, kadar itu kemudian meningkat kepada 50% daripada jumlah kes dan kini ia meningkat pula kepada 82%, kata WHO.

Lambda Varian 2

Sumber: Kosmo

Di Chile, varian berkenaan telah merangkumi satu pertiga daripada jumlah kes COVID 19 di negara itu.

Buat masa ini, tiada bukti menunjukkan varian ini lebih agresif berbanding varian lain.

“Ia berkemungkinan mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi, namun banyak kajian perlu dijalankan terhadap varian ini,” kata penasihat Pertubuhan Kesihatan Pan-Amerika, Jairo Mendez.

Varian Lambda ialah varian yang ketujuh kini dalam pemantauan WHO. Britain kini telah merekodkan enam kes varian itu pada minggu lepas.

Harap janganlah varian ini datang ke Malaysia pula. Mari kita sama-sama doa semuanya akan berakhir kelak. 

Kosmo

Terkini

Berita Berkaitan