GPS mampu pertahan DUN Satok meskipun tampil calon muka baharu

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok meskipun meletakkan calon muka baharu di kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 bagi menggantikan Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Perkara itu disuarakan oleh penganalisis politik Dr Ammar Redza Ahmad Rizal yang berpandangan rakyat akan mengundi calon GPS kerana mereka melihat gabungan tersebut lebih mampu melaksanakan inisiatif ke arah pembangunan, pemulihan dan kestabilan ekonomi negeri pasca pandemik COVID-19.

Justeru, Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu berkata calon GPS DUN Satok Datuk Ibrahim Baki, yang merupakan orang kepercayaan Abang Johari, tidak akan berdepan laluan sukar kerana kawasan itu pernah dipegang oleh Abang Johari selama sembilan penggal sebelum beralih angin dan bertanding di DUN Gedong pada PRN kali ini.

“Cuma apa yang perlu diperhatikan adalah dari sudut bilangan penduduk yang akan keluar mengundi. Peratusan mengundi sebelum ini ialah 65 peratus namun pandemik COVID-19 mungkin mengakibatkan peratusan mengundi itu rendah berbanding PRN lepas. Majoriti pun tak akan sebanyak Abang Jo dulu.

“Bagaimanapun, ini tidak bermakna Ibrahim akan berdepan laluan yang sukar kerana rakyat memilih berdasarkan parti dan parti komponen berbanding calon,” katanya kepada Bernama

GPS mampu pertahan DUN Satok meskipun tampil calon muka baharu

Terkini

Berita Berkaitan