Wednesday, June 7, 2023

PAU 2023 dihadiri 60 peratus kepimpinan baharu kata Asyraf

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 membawa perubahan...

Kadar inflasi Negara dijangka kekal sederhana kata Menteri Ekonomi

Kadar inflasi negara dijangka kekal menyederhana tahun...

Anwar nasihat Hadi, jangan guna neratif kolot dan jumud kritik Kerajaan Perpaduan

Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim menasihati Presiden...

Gojek ancam kepung kedutaan Malaysia kerana tular video menghina kerjaya mereka

JAKARTA – Penyedia perkhidmatan teksi motosikal (Gojek) mengancam untuk mengepung Kedutaan Malaysia di Jakarta susulan video tular yang dianggap merendahkan Indonesia dan pekerjaan mereka.

Presidium Nasional Gabungan Aksi Roda Dua (Garda) Indonesia, Igun Wicaksono berkata, dia dan seluruh penyedia Gojek di Indonesia sudah mengemukakan surat terbuka yang ditujukan kepada Kedutaan Malaysia.

Kandungan surat itu turut menuntut penjelasan dan permohonan maaf daripada individu dalam video tersebut yang merupakan rakyat Malaysia, pengasas syarikat Big Blue Taxi Services, Datuk Shamsubahrin Ismail.

Shamsubahrin menerusi video tersebut didakwa mengeluarkan kenyataan provokasi dengan berkata, ‘Gojek hanya untuk orang miskin seperti di Jakarta’.

Menurut Igun, kenyataan itu jelas merendahkan martabat pekerjaan mereka dan menghina rakyat Indonesia secara umum.

Tegasnya, jika tuntutan itu tidak dipenuhi sehingga Selasa (hari ini), dia bersama kumpulan Gojek akan mengepung Kedutaan Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di seluruh Indonesia.

Sementara itu, pihak Gojek yang dihubungi CNNIndonesia.com belum memberi sebarang respons tentang video yang menjadi tular itu dan rancangan untuk mengepung Kedutaan Malaysia. – CNN Indonesia

SinarHarian

Berkaitan