GEMPAR!! Warisan kata eloklah buat PRU terus, elak pembaziran PRN

Presiden Warisan Shafie Apdal menyatakan kekecewaan dengan perkembangan politik yang menyaksikan beberapa siri pilihan raya negeri (PRN) berlangsung dan sebaliknya berkata bahawa pilihan raya umum (PRU) perlu diadakan.

Shafie berkata melakukan PRN negeri demi negeri adalah satu usaha yang membazir.

“Saya berharap pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa daripada kita membelanjakan wang untuk satu demi satu PRN,” katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu malam tadi.

Malaysiakini memperoleh rakaman sidang media berkenaan.

Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan semalam, membuka laluan kepada PRN ketiga sejak 2020.

Sebelum ini, PRN diadakan di Sabah dan Melaka selepas wakil rakyat lompat parti.

PRN juga diadakan di Sarawak tahun lepas selepas penggal DUN tamat.

Shafie berkata selain menjimatkan wang, mengadakan pilihan raya umum juga akan memudahkan urusan pengundi.

Ditanya mengenai PRN Johor, Shafie berkata dia akan berhubung dengan sekutunya, Presiden Ikatan Demokratik Bersatu Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.

Terdahulu pada malam itu, bekas Adun Johor Suhaimi Salleh (Umno-Kukup) ditemui pada majlis Warisan yang dihadiri Shafie, dan dikatakan menyertai parti itu.

Parti yang berpangkalan di Sabah itu meluaskan sayap ke Semenanjung pada Disember lalu.

https://www.malaysiakini.com/news/608018

Terkini

Berita Berkaitan