Sunday, December 4, 2022

Panas! Ini kerajaan ‘luar tabii’ kata Sanusi

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor...

Terkini! Empat senator angkat sumpah di Dewan Negara

Empat senator mengangkat sumpah di Dewan Negara...

Teruk!! Sembilan lelaki direman berkait kes rogol gadis bawah umur

KOTA BHARU: Sembilan lelaki termasuk remaja berusia...

Gempar! Wanita didakwa bunuh suami dalam rompakan palsu

Seorang wanita berdepan hukuman mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh suaminya dalam satu rompakan palsu di sekitar daerah ini, minggu lalu.

Namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Leong Eng Eng, 37, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noorjidah Mohd. Jusan.

Turut didakwa, tiga lelaki termasuk dua beradik iaitu Lim Yon Hay, 36; Lim Yon Loon, 31, dan Mok Kum Loon, 37.

Mengikut pertuduhan, Eng Eng yang juga jurubahasa bebas bersama pasangan beradik itu didakwa membunuh dengan mengakibatkan kematian Chow Tiam Hee, 41.

Manakala, Kum Loon didakwa bersubahat membantu Eng Eng bersama dua beradik berkenaan untuk membunuh si mati .

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Anika Baru, Sungai Udang di sini, antara pukul 1.20 hingga 1.40 pagi, 15 September lalu.

Justeru, mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Asnawi Abu Hanipah yang mengendalikan kes tidak menawarkan kos ikat jamin terhadap semua tertuduh.

Peguam yang mewakili Eng Eng, Jarrett Ong bagaimanapun memohon jaminan kerana anak guamnya mempunyai tanggungan dua anak berusia lima dan tujuh tahun selain memberi kerjasama baik dengan polis.

Noorjidah menolak permohonan itu dan menetapkan sebutan kes pada 21 November depan.

Dua lagi tertuduh iaitu Yon Loon dan Kum Loon masing-masing diwakili peguam Ethan Tan dan Ayasamy Velu. – KOSMO! ONLINE

Wanita didakwa bunuh suami dalam rompakan palsu

Berkaitan