GEMPAR!! Tun M mahu tubuh Gerakan Pejuang Nasional?

Satu poster di media sosial mengaitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menarik perhatian pemerhati politik.

Menurut Facebook Politik Malaysia Terkini, Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu didakwa dalam usaha untuk menubuhkan satu gabungan baharu politik negara diberi nama Gerakan Pejuang Nasional (GPN).

“Dr. Mahathir akan wujudkan Gerakan Pejuang Nasional (GPN) di kalangan parti-parti pembangkang,” tulis poster berkenaan.

Difahamkan antara gabungan parti-parti itu adalah Pejuang, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Piagam Rakyat, Pas, Gerakan dan Parti Warisan Sabah (Warisan).

MalaysiaGazette sedang berusaha mendapatkan pengesahan dakwaan itu daripada pihak Dr. Mahathir.

Pada Jumaat lalu, bekas perdana menteri itu menjangkakan wujud pakatan antara parti-parti politik bagi menentang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau mengakui sudah ada pendapat disuarakan parti pembangkang untuk membentuk pakatan susulan perpecahan yang hanya akan memberi kelebihan buat BN.

Malah Pejuang katanya akan berusaha mencari rakan kerjasama baharu menjelang PRU-15 kelak. – MalaysiaGazette

Tun M mahu tubuh Gerakan Pejuang Nasional?

Terkini

Berita Berkaitan