Gempar!! Trak #AyuhMalaysia ‘gempur’ kerusi marginal untuk raih kemenangan bergaya PRU-15

Kempen bergerak #AyuhMalaysia yang dilancarkan PKR akan memberi tumpuan kepada 50 ‘kerusi marginal’ di seluruh negara sebagai strategi menghadapi pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata di kerusi tersebut dia menjangkakan bakal berlaku pertembungan pelbagai penjuru.

“Definisi kerusi marginal sekarang adalah lebih rumit kerana ia membabitkan kerusi yang ada antara 50 peratus hingga 70 peratus pengundi Melayu,” katanya.

Di sesetengah kerusi itu pula, tambah Rafizi, juga ditandingi oleh sekutu Pakatan Harapan (PH).

Bekas ahli parlimen Pandan itu ditemui media selepas pelancaran loritrak #AyuhMalaysia di Wangsa Maju malam tadi.

Kerusi marginal merujuk kepada sesebuah kawasan yang dimenangi seseorang calon dengan perbezaan undi yang kecil.

Menurut Rafizi mereka akan melaksanakan kempen berkenaan pada hujung minggu dengan sasaran enam kawasan setiap kali trak tersebut digerakkan sebelum ia ditingkatkan pada penghujung Sept atau Okt.

Dengan keadaan begitu, katanya, trak #AyuhMalaysia berupaya mengunjungi sehingga 13 kerusi parlimen marginal setiap minggu.

“Ini akan membolehkan kami memberi tumpuan kepada 40 hingga 50 kerusi marginal dan kalau lebih banyak ia jadi lebih baik,” katanya.

Pada masa sama Rafizi berkata, “khalayak digital” adalah lebih penting untuk diberi tumpuan.

Sejak 2018, katanya, setiap bulan ada sehingga tiga juga orang menyaksikan hantaran dan video yang disiarkan PKR.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Rafizi yakin, gerakan secara kolektif dalam kalangan pemimpin PKR akan mampu menarik sokongan ramai berbanding populariti yang ada pada Najib Razak serta Umno tidak lama lagi.

Katanya dengan gabungan yang turut melibatkan Presiden PKR Anwar Ibrahim serta naib presiden seperti Nurul Izzah Anwar, disokong oleh media sosial, ia akan memberi kesan dalam tempoh tiga minggu lagi.

Menurut Rafizi populariti Najib hanya berlaku di Facebook berbanding platform media sosial lain.

Populariti tersebut, katanya, diukur berdasarkan tahap tanggapan, penglibatan dan perkongsian setiap hantaran yang dibuat bekas perdana menteri terbabit.

“Orang ramai masih tidak kembali menyokong Umno, cuma PH sangat defensif dan tiada siapa menjawab serangan Najib, justeru itu menunjukkan dia mempunyai sokongan.

“Keadaan itu menyebabkan rakyat menjadi lemah semangat dan enggan mengundi.

“Sebab itu kami berharap trak #AyuhMalaysia ini akan membawa lebih keyakinan dalam kalangan pengundi atas pagar,” kata Rafizi.

https://www.malaysiakini.com/news/632848

 

Terkini

Berita Berkaitan