Sunday, May 28, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

[Gempar] Tengkorak makhluk asing didakwa ditemui di Peru

PARACAS, PERU – Ratusan tengkorak purba yang ditemui di wilayah Paracas, Peru didakwa milik makhluk asing, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Dalam satu hantaran di Facebook yang telah dipadam, video yang menunjukkan tengkorak yang asalnya dijumpai oleh seorang ahli arkeologi, Julio Tello pada tahun 1920-an itu berbentuk kon.

Video yang dimuat naik di YouTube pada bulan lepas itu memaparkan seorang lelaki sedang memegang tengkorak-tengkorak tersebut.

Tajuk video tersebut ditulis sebagai ‘Saya menjumpai tengkorak yang aneh dan tidak sempurna di pergunungan Huancavelica.’

Hantaran tersebut dikongsi lebih 500 kali sebelum dipadam.

Menurut laporan akhbar USA Today, konspirasi tular berkenaan mendakwa soket mata dan kelonjongan bentuk tengkorak itu adalah ‘bukti’ bahawa makhluk asing pernah mendarat di bumi.

Kelonjongan betuk tengkorak menimbulkan spekulasi bahawa ia milik makhluk asing. – YouTube / Frans/The Sun

Bagaimanapun, beberapa pakar lain percaya bahawa tengkorak-tengkorak itu sebenarnya milik manusia zaman purba dan bentuknya menjadi panjang kerana tekanan pada kepala ketika hayat pemiliknya.

“Soket matanya kelihatan normal dan masih dalam julat variasi manusia selain kelihatan seperti tengkorak lain dari Peru,” kata Pakar Antropologi Peru, Profesor  Melissa S. Murphy.

Penduduk purba di Peru sering menggunakan penutup kepala yang ketat untuk menghasilkan bentuk tengkorak yang luar biasa. – AGENSI

Berkaitan