Saturday, June 10, 2023

PAU 2023 dihadiri 60 peratus kepimpinan baharu kata Asyraf

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 membawa perubahan...

Kadar inflasi Negara dijangka kekal sederhana kata Menteri Ekonomi

Kadar inflasi negara dijangka kekal menyederhana tahun...

Anwar nasihat Hadi, jangan guna neratif kolot dan jumud kritik Kerajaan Perpaduan

Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim menasihati Presiden...

Gempar!! PM sampaikan Perutusan Khas pukul 3 petang

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat perutusan khas pada pukul 3 petang ini.

Menerusi ciapan di Twitter rasmi Perdana Menteri, perutusan khas itu akan disiarkan di stesen televisyen tempatan.

Bagaimanapun tiada maklumat tambahan mengenai perutusan yang akan disampaikan oleh Ismail Sabri.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi petunjuk akan ada pengumuman penting dibuat kerajaan hari ini.

Beliau juga mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah mempersembahkan cadangan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Saya pasti bahawa Perdana Menteri yang mempunyai kuasa menasihati Agong sudah melaksanakan tugasnya. Saya fikir bila pun pembubaran itu diumumkan, kami dalam BN sentiasa bersiap siaga.

“Bila pun tarikh yang akan diumumkan, jika pun ia dibubarkan pada hari ini, kami sedia untuk menangkan calon Barisan Nasional. Apa pun yang akan diumumkan personaliti yang berada di luar dari kami ini nanti, tidak akan menenggelamkan (berita) dari kami,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

PM sampaikan Perutusan Khas pukul 3 petang

Berkaitan