Gempar!! PH pertahan MoU untuk lengahkan masa, kata penganalisis

Dua penganalisis mendakwa Pakatan Harapan (PH) cuba berlengah menerusi sokongan berterusan kepada memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatanganinya dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia dan Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, mereka percaya PH memerlukan masa untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum akan datang (PRU15).

Fauzi berkata, gabungan itu mempunyai isu dalaman yang perlu diselesaikan dan ini termasuk permusuhan antara kem dalam PKR diterajui Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution Ismail, yang bertembung merebut jawatan timbalan presiden parti.

“PH juga jauh daripada meraih undi Melayu, sekurang-kurangnya pada tahap yang sama seperti 2018, untuk menjamin kemenangan pada PRU15.

“Ia juga tidak menyelesaikan isu perit imej DAP dalam kalangan orang Melayu,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, Fauzi juga percaya sebab utama PH bertegas untuk mengekalkan MoU adalah kerana ia bimbang akan diingati sebagai “tidak boleh dipercayai” jika ia tidak berbuat demikian.

Presiden Amanah Mohamad Sabu baru-baru ini berkata, PH kekal komited dengan MoU itu, sambil menambah, ia boleh menarik balik sokongannya kepada Ismail Sabri dan menggulingkannya jika mahu.

Azmi Hassan.

Namun, kata Azmi, Ismail masih mendapat sokongan yang mencukupi daripada mereka yang sehaluan dengan

Beliau berkata, sebarang keputusan PH untuk menarik balik sokongannya hanya akan menguntungkan Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, yang mahu pilihan raya umum diadakan awal.

PH langsung tidak bersedia untuk menghadapi PRU15, katanya.

Beliau juga berkata, parti pembangkang berpecah kerana tidak dapat bersetuju mengenai calon perdana menteri.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/04/16/ph-pertahan-mou-untuk-lengahkan-masa-kata-penganalisis/

Terkini

Berita Berkaitan