GEMPAR!! Pendakwaan Long Tiger ditangguh esok

TANGKAK: Prosiding pendakwaan terhadap lelaki Rohingya, Long Tiger atau Abd Hamim Ab Hamid yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu ditangguh ke esok.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat, berkata prosiding pendakwaan terhadap Long Tiger sepatutnya hari ini perlu ditangguhkan.

“Polis cuma dimaklumkan oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk melakukan prosiding pendakwaan berkenaan pada hari esok”, katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, Abd Hamim dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak hari ini selepas perintah tahanan remannya berakhir.

Long Tiger dipercayai dalam perjalanan menyelinap ke negara jiran sebelum ditahan di Jalan Kuala Ketil, Alor Setar, Kedah, pada 28 Disember.

Long Tiger meloloskan diri melalui pintu hadapan mahkamah ketika menunggu proses perbicaraan di bawah Seksyen 388 kerana pemerasan.

Dia juga masih mempunyai status perbicaraan di bawah Seksyen 506 kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 di Mahkamah Sesyen Muar.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/01/913188/pendakwaan-long-tiger-ditangguh-esok

Terkini

Berita Berkaitan