GEMPAR! Pemimpin Pemuda Pas puji Najib, kerajaan PN patut dengar nasihat

Seorang pemimpin Pemuda PAS memberikan pujian kepada Najib Razak dan berpendapat kerajaan Perikatan Nasional (PN) wajar mendengar pandangan diberikan bekas perdana menteri berkenaan.

Malah pada pandangan Ahmad Fadhli Shaari, untuk memahami keadaan semasa dialami kerajaan PN, dia “suka” melihatnya dengan bersandarkan hujah diberikan Najib.

Malah kata Ahmad Fadhli lagi, semua fakta yang diperlukan dalam berhujah itu “ada dalam kepala” Najib.

“Cadangan-cadangan Datuk Seri Najib itu perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

“Beliau merupakan bekas perdana menteri, fakta semua ada dalam kepalanya.

“Beliau ada fakta, beliau ada hujah dan sebagainya. Jadi kerajaan perlu mengambil kira pandangan-pandangan yang dikeluarkan,” katanya dalam satu wawancara politik di Facebook.

membabitkan timbalan ketua Pemuda PAS merangkap ahli parlimen Pasir Mas itu dikongsi Najib di Facebook hari ini.

pemimpin

Mengulas pujian Ahmad Fadhli itu Najib pula – secara sinis – menyatakan rasa terkejut apabila dia tidak dianggap sebagai penghasut atau gemar memburu like daripada pengikut media sosialnya

“Eh? Rupanya saya bukan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan saja ataupun sekadar buat posting syiok sendiri untuk dapat like.

“Apa pun, terima kasih YB sebab follow FB saya,” tulis Najib.

Boleh tolak ke tepi

Selain pembangkang, ahli politik yang tekal mengkritik kerajaan PN – pimpinan Muhyiddin Yassin – ialah Najib, serta beberapa tokoh Umno. Misalnya presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi, dan setiausaha agungnya Ahmad Maslan.

Untuk rekod suatu ketika dulu Najib adalah presiden Umno dan Muhyiddin menjadi timbalannya.

PAS adalah satu daripada parti komponen PN dan menyertai gabungan itu selepas mereka memeterai persefahaman dengan Umno melalui Muafakat Nasional. Umno pula kekal berada di luar PN.

Kata Ahmad Fadhli, mengenai aspek hasut maya (troll) yang selalu dimuat naik Najib di media sosialnya, ia boleh diketepikan kerana hujah berfakta ahli parlimen Pekan itu lebih penting.

“Dan adakah kerajaan ini dalam keadaan yang sangat-sangat fragile (rapuh), keadaan yang sangat-sangat tidak kukuh dan sebagainya, saya suka baca hujah-hujah yang dikuarkan oleh bekas perdana menteri kita, berhubung soal hujah ekonomi.

“Soal beliau nak troll dan sebagainya, saya kira hujah ini boleh ditolak ke tepi,” katanya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/584903

Terkini

Berita Berkaitan